Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2017

Paru-paru Berair | Cara Keluarkan Air Dari Paru-paru Secara Alami

Paru-paru adalah sistem pernafasan bagi tubuh seseorang. Iaitu tempat untuk proses pernafasan berlaku dimana ia mengawal udara keluar dan masuk. Udara masuk adalah oksigen dan paru-paru keluarkan karbon dioksida. Seperti namanya, paru-paru berair, ia bermaksud pesakit mengalami kesukaran bernafas akibat lebih cecair di antara paru-paru dan dada. Paru-paru berair juga merupakan sejenis sakit radang paru-paru. Biasanya ia digambarkan sebagai radang parenchyma/ alveolar paru-paru dan cecair memenuhi alveolar luar biasa. Alveoli merupakan sak mikroskopik dipenuhi udara dalam paru-paru yang bertanggungjawab bagi menyerap oksigen dalam atmosfera Bumi. Paru-paru berair boleh berpunca dari pelbagai keadaan; termasuk jangkitan dari bakteria, fungus, virus atau parasit, dan kecederaan fizikal oleh paru-paru. Dari Mana Datang Cecair Di Dalam Paru-paru? Cecair sebenarnya memang wujud di antara paru-paru dan dada sebagai pelincir untuk mengelakkan pergeseran. Kuantiti yang sedikit