Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2018

Cara Elak Tanda-Tanda Vertigo Dari Berulang, Saya TakNak Kena Cucuk Lagi!

Saya teringat lagi kejadian setahun lepas, suami saya sedang hadiri kelas agen takaful nya, tiba-tiba saya dapat call darinya yang dia nak saya ambil dia balik. Suaranya agak cemas, tak sempat bertanya banyak dia putuskan talian! Mujur tak jauh dari kawasan rumah, hanya ambil masa 30minit sampai ke sana. Dia dah tersadai di tepi kereta dengan pegang beg plastik dengan muka pucat. Rupanya dia alami pening yang teramat dan non-stop muntah. Terus saya pandu laju ke hospital shah alam bahagian kecemasan. Doktor cek semua termasuklah jantung dan tekanan darah, alhamdulillah bacaan cantik. Dia diberi injection katanya untuk hilangkan sakit. Juga dimasukkan air untuk tenaga disebabkan banyak muntah tadi. Tak lama lepas tu, doktor benarkan suami pulang dan disimpulkan yang suami saya ada kaitan dengan masalah keseimbangan badan. Apa itu Sakit Vertigo? Vertigo ini berlaku bila rasa pening dan berputar. Bukan pening biasa, pesakit akan merasakan sekililingnya berputar dalam

Atasi Masalah Kayap dengan Cepat Tanpa Meninggalkan Parut

Sakit kulit kayap bukanlah seperti sakit kulit biasa seperti ruam, gatal, eczema dan sebagainya. Ia membuatkan pesakit merasa bisa, mencucu-cucuk dan rasa terbakar seluruh badan. Sehinggakan ada beberapa pesakit tidak mampu berjalan. Jika kayap ular, orang tua kata jika ia bersambung boleh membawa maut. Wallaua'lam. Tapi mudah kata ia tidak boleh diambil enteng.  Punca Kayap Kayap merupakan sejenis penyakit kulit yang berpunca dari virus varicella zoster. Nama saintifik kayap adalah herpes zoster. Ianya boleh menyerang urat saraf jika tidak dirawat dengan segera. Bagi orang muda, kayap biasanya akan lebih cepat sembuh berbanding orang berusia. Kerana bila menjangkau usia lanjut, sistem imun badan sudah semakin lemah dan mengambil masa lebih lama untuk pulih sepenuhnya. Kayap ada pelbagai jenis, yang biasa jumpa adalah kayap ular dimana biji-biji kecil berisi air bisa dan nanah mulai tumbuh di mana-mana anggota badan. Mula-mula ramai yang ingatkan gatal biasa